DIRECTOR OF SRIMAS KLASIK SDN BHD CONVICTED FOR FAILING TO LODGE ANNUAL RETURN TO THE REGISTRAR OF COMPANIES (SSM) UNDER SECTION 165(4) COMPANIES ACT 1965
The Petaling Jaya Magistrate Court today convicted Hasniza Binti Wazer, the director of Srimas Klasik Sdn Bhd on two charges for failing to lodge the companies’ Annual Return to the Registrar of Companies under Section 165(4) of the Companies Act 1965 (Act 125).
The Magistrate Tuan Mohd Hezri Bin Shaharil sentenced Hasniza Binti Wazer to a fine of RM600.00 or in default seven (7) days imprisonment for each contravention.
In mitigation, Hasniza Binti Wazer appealed to the court to impose a minimum sentence as she is the sole bread-winner of her family and suffers financial difficulties due to unemployment. Selva Rani Narainasami from Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) prosecuted on behalf of the Public Prosecutor.
SSM views the offence under section 165(4) Companies Act 1965 as a serious non-compliance offence. The failure to lodge Annual Return timely with SSM will deprive the public from having accurate information and updates on a company’s standing and well-being. As such, companies and their officers are reminded to strictly observe and comply with the requirements of the Companies Act 1965.
ISSUED BY : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
DATED : 19 AUGUST 2013
DATED : 19 AUGUST 2013
PENGARAH BAGI SYARIKAT SRIMAS KLASIK SDN BHD DISABITKAN DENGAN KESALAHAN GAGAL MENYERAHSIMPAN PENYATA TAHUNAN KEPADA PENDAFTAR SYARIKAT (SSM) DI BAWAH SEKSYEN 165(4) AKTA SYARIKAT 1965
Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini telah mensabitkan Hasniza Binti Wazer, pengarah syarikat Srimas Klasik Sdn Bhd dengan dua pertuduhan kerana gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan syarikat-syarikat tersebut kepada Pendaftar Syarikat. Beliau telah mengaku salah bagi kesemua pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965.
Tuan Mohd Hezri Bin Shaharil, Majistret Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600.00 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal bayar denda tersebut, hukuman penjara selama tujuh (7) hari bagi setiap kesalahan yang disabitkan terhadap Hasniza Binti Wazer.
Sewaktu mitigasi hukuman, Hasniza Binti Wazer telah merayu kepada Mahkamah agar beliau dikenakan hukuman denda yang minimum kerana beliau tidak bekerja dan menghadapi masalah kewangan. Pendakwaan dijalankan oleh Selva Rani Narainasami daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kegagalan syarikat dan pengarah-pengarahnya untuk mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang serius. Tambahan pula, kegagalan untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan kepada SSM akan menyebabkan orang awam tidak boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini bagi menentukan status sesebuah syarikat.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah di atas diharap dapat bertindak sebagai peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawainya agar sentiasa mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 19 OGOS 2013
TARIKH : 19 OGOS 2013
No comments:
Post a Comment