Tuesday, January 7, 2014

Rancangan Perniagaan - Kursus 3 hari dengan bantuan excel templates


  1. Rancangan perniagaan adalah dokumen yang penting bagi semua peniaga usahawan dan pengurus perniagaan.  Ia memberi panduan strategi berintegrasi untuk menjayakan perniagaan dan berhadapan dengan pesaing pesaing perniagaan anda.  Dengan demikian RP perlu dianggap dokumen sulit syarikat.
  2. Biasanya, RP bertempoh setahun yang mempunyai kaitan dengan prestasi dan pengalaman yang lampau dan yang turut seiringan dengan matlamat jangka panjang perniagaan tersebut.
  3. RP juga digunakan oleh Bank sebagai asas penilaian "viabiliti" perniagaan tersebut sebelum permohonan pinjaman dapat diluluskan.
  4. RP bermula dengan penerangan tentang "produk" syarikat.  Apakah faedah istimewa yang diwujudkan dan diberikan oleh produk kepada pelanggan.  "Jenama produk" turut perlu diterangkan yang dapat menghindar persaingan. (competitive advantage)
  5. RP perlu menerangkan "model perniagaan" yang terpakai untuk menghasilkan untung dan mengkekalkan "sustainability" perniagaan disamping mampu berhadapan dengan persaingan hebat dipasaran.
  6. Modal yang mengandungi "modal pusingan" dan "tetap" turut dianggarkan dan jika tidak kecukupan maka sumber modal baru perlu dicari.  "Kecairan wang" adalah suatu keadaan yang perlu dikekalkan setiap waktu oleh setiap syarikat.
  7. Setiap perniagaan perlu mempunyai "strategi pemasaran" yang tersendiri yang mampu berjaya mendapatkan sebahagian daripada pasaran.  "kedudukan pasaran" atau "market positioning" perlu jelas yang merupakan sasaran perniagaan syarikat.
  8. 'Peluang pasaran" perlu dikekalkan walaupun ia hanya dibentuk secara dinding dinding saikoloji. Segmen pasaran yang dituju perlu jelas.
  9. Selain dari pasaran, RP turut menerangkan tentang strategi pekerja, operasi dan kewangan.
  10. Akhirnya, RP perlu menerangkan pulangan terhadap ekuiti (PTE) yang mampu membayar balik kos dana. 
  11. RP perlu mengandungi Aliran Tunai, Ramalan Penyata Penyata Pendapatan dan Ramalan Kunci Kira Kira bersama dengan nisbah nisbah yang menerangkan angka angka yang realistik.
  • Market positioning
  • Market segment and profiling
  • Business modelling
  • Marketing Strategies
  • Business Strategies
  • Working Capital required
  • Fixed Asset Required
  • Financing by equity and loans
  • Cash flow Projections
  • ROE check and modification
  • Proforma Financial Statements  
Kursus ini akan melahirkan usahawan yang mempunyai pandangan konsep atau conceptual view atau helicopter view terhadap perniagaan.  Usahawan juga akan lebih strategik dan kritikal dalam membentuk rancangan perniagaannya.

No comments: