Wednesday, November 27, 2013

Penyedian Belanjawan - Kursus 2 hari

Yang berbahagia Tuan ……………….
Tuan,

Kursus dan perkhidmatan Belanjawan

Dengan hormat  saya ingin menawar perkhidmatan latihan dan penyedian dalam bidang diatas kepada semua koperasi diMalaysia dengan harga yang amat berpatutan.

Saya mengharapkan pertimbangan wajar dari pihak SKM untuk  member bantuan dari segi subsidi atau geran kepada koperasi yang mengambil perkhidmatan diatas.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap Koperasi diwajibkan oleh peraturan untuk menyediakan belanjawan untuk tahun hadapan.  Dan ia perlu diluluskan oleh mesyuarat Agong tahunan. Tidak ada panduan diberi tetapi koperasi perlu meramalkan penyata pendapatan dan perbelanjaan begitu tepat supaya akhirnya koperasi tidak boleh melampaui 5% dari ramalan mereka.

Semua koperasi menyediakan belanjawan tetapi tidak banyak koperasi  menyediakan belanjawan yang mempunya “roh” dan "hidup".    Belanjawan ini tidak mengandungi “strategi”  dan tidak dibangunkan atas landasan “kecekapan” dan tidak diintegrasikan dalam suatu belanjawan yang menyeluruh.

Pendekatan kami  dalam penyediaan belanjawan dilabelkan sebagai “7 steps in budgeting” atau 7 langkah dalam penyedian belanjawan.  Ianya berbentuk kompetensi sambil dibantu dengan perisian excel Microsoft untuk mengikatkan kecekapan dan aplikasi.

Berikut adalah modul  latihan yang dicadangkan
     1.      Model perniagaan – Analisis kos, volum, dan untung
     2.       Modal Kerja
     3.       Modal Tetap
    4.       Pembiayaan Ekuiti dan pinjaman
      5.       Aliran tunai dan pinjaman
      6.       Penyata Kewangan
      7.    Nisbah pulangan

Latihan ini mengambil masa hanya dua hari dengan dibantu oleh notebook ketika latihan.  Peserta dibenarkan mengambil pulang templates dan model excel yang dibincang dalam bengkel.

Peserta turut dibantu dengan bahan e-learning sebagai  tambahan pelajaran.  Pertanyaan melalui internet dialu-alukan dari semua bekas peserta untuk membantu mereka menyediakan belanjawan masing masing.

Kursus ini boleh juga dijalankan dipusat latihan kami diKuala Lumpur.

Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan tuan selanjutnya.

Yang benar

Dr Hj Arriffin Mansor
arriffin@gmail.com
012-2786282

No comments: